HURAIAN

 HURAIAN LANGKAH, KAEDAH DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM MODEL ASSURE



1) Guru menayangkan kad gambar mengenai kemewahan yang sering dibanggakan oleh manusia seperti kereta mewah, rumah yang besar, pakaian yang cantik dan duit.
2) Guru bersoal jawab mengenai kad gambar yang ditayangkan.
3) Guru mengaitkan mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah berdasarkan surah at- Takasur yang  akan dipelajari. 







1) Murid dipertontonkan dengan bacaan surah al- Takasur daripada qari
2) Guru menayangkan video berkenaan beberapa kali supaya murid didedahkan dengan alunan bacaan surah tersebut.
3) Murid dikehendaki untuk mengulangi bacaan secara kelas, berkumpulan dan individu. Seterusnya, guru akan membetulkan bacaan murid-murid.





PENGETAHUAN MENGENAI SURAH AT-TAKATSUR

Surah at-Takatsur adalah surat ke-102 dalam Al Quran dan terdiri daripada 8 ayat. Surat ini termasuk golongan surah Makkiyyah, diturunkan sesudah Surah Al Kautsar. Nama Surah At Takatsur (bermegah-megahan) diambil dari perkataan At Takatsur yang terdapat pada ayat pertama surat ini.


PENGAJARAN SURAH










1) Guru menyediakan beberapa keping kad potongan kalimah dan ditayangkan di hadapan murid-murid.
2) Murid diperdengarkan dengan bacaan guru terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti oleh murid-murid.
3) Beberapa orang murid diminta untuk ke hadapan kelas untuk menayangkan dan mengetuai bacaan kad potongan kalimah tersebut sambil diikuti oleh rakan-rakan yang lain. 












PERMAINAN KOTAK BERACUN

1)Aktiviti ini bermula apabila muzik dimainkan oleh guru dan kotak mula diedarkan. Murid akan menyerahkan kotak tersebut kepada rakan sebelahnya dan begitulah seterusnya.
2) Apabila muzik dihentikan, murid yang terakhir memegang kotak tersebut dikehendaki untuk membaca lipatan kertas yang mengandungi potongan kalimah daripada surah al- Takasur.







1) Setiap kumpulan akan diberikan dengan sehelai sampul yang mengandungi beberapa potongan kalimah surah al- Takasur di dalamnya. 
2) Murid dikehendaki untuk menyusun potongan kalimah menjadi satu ayat daripada surah al- Takasur  yang sempurna dalam masa 5 minit.



Comments

Popular posts from this blog

SURAH AT-TAKATSUR (NURUL ATHILAH)

SURAH AL QARIAH (NUR NAJIHAH)

LATIHAN PENGUKUHAN SURAH AT-TAKATSUR