SURAH AT-TAKATSUR (NURUL ATHILAH)




DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM (TILAWAH AL QURAN TAHUN 4)


KSSR digubalkan berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran di mana standard ini merupakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). DSKP ini penting sebagai panduan kepada guru supaya dapat memahami dengan lebih jelas objektif yang ingin dicapai dalam sesuatu topik dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, bagi topik Surah At-Takatsur dan Surah al-Qariah ini.  



SURAH AL TAKASSUR

 













MODEL ASSURE TILAWAH AL QURAN SURAH  TAKASSUR 


SURAH AT-TAKATSUR













HURAIAN LANGKAH, KAEDAH DAN BAHAN 
YANG DIGUNAKAN DALAM MODEL ASSURE



1) Guru menayangkan kad gambar mengenai kemewahan yang sering dibanggakan oleh
 manusia seperti kereta mewah, rumah yang besar, pakaian yang cantik dan duit.
2) Guru bersoal jawab mengenai kad gambar yang ditayangkan.
3) Guru mengaitkan mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah berdasarkan surah 
at- Takasur yang  akan dipelajari. 







1) Murid dipertontonkan dengan bacaan surah al- Takasur daripada qari
2) Guru menayangkan video berkenaan beberapa kali supaya murid didedahkan dengan 
alunan bacaan surah tersebut.
3) Murid dikehendaki untuk mengulangi bacaan secara kelas, berkumpulan dan individu.
 Seterusnya, guru akan membetulkan bacaan murid-murid.





PENGETAHUAN MENGENAI SURAH AT-TAKATSUR

Surah at-Takatsur adalah surat ke-102 dalam Al Quran dan terdiri daripada 8 ayat. Surat ini termasuk golongan surah Makkiyyah, diturunkan sesudah Surah Al Kautsar. Nama Surah At Takatsur (bermegah-megahan) diambil dari perkataan At Takatsur yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

PENGAJARAN SURAH










1) Guru menyediakan beberapa keping kad potongan kalimah dan ditayangkan di hadapan murid-murid.
2) Murid diperdengarkan dengan bacaan guru terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti oleh murid-murid.
3) Beberapa orang murid diminta untuk ke hadapan kelas untuk menayangkan dan mengetuai bacaan kad potongan kalimah tersebut sambil diikuti oleh rakan-rakan yang lain. 













PERMAINAN KOTAK BERACUN

1)Aktiviti ini bermula apabila muzik dimainkan oleh guru dan kotak mula diedarkan. Murid 
akan menyerahkan kotak tersebut kepada rakan sebelahnya dan begitulah seterusnya.
2) Apabila muzik dihentikan, murid yang terakhir memegang kotak tersebut dikehendaki 
untuk membaca lipatan kertas yang mengandungi potongan kalimah daripada surah al- Takasur.







1) Setiap kumpulan akan diberikan dengan sehelai sampul yang mengandungi beberapa potongan kalimah surah al- Takasur di dalamnya. 
2) Murid dikehendaki untuk menyusun potongan kalimah menjadi satu ayat daripada surah al- Takasur  yang sempurna dalam masa 5 minit.





LATIHAN PENGUKUHAN


WORDWALL TILAWAH AL QURAN TAHUN 4 


Murid perlu menjawab semua soalan yang terdapat di dalam permainan WORDWALL tersebut bagi menguji serta menilai sejauh mana kefahaman murid terhadap topik Surah At-Takatsur dan Surah Al-Qariah di akhir pembelajaran.


SURAH AL TAKATSUR




https://wordwall.net/resource/5089716


















Comments

Popular posts from this blog

SURAH AL QARIAH (NUR NAJIHAH)

LATIHAN PENGUKUHAN SURAH AT-TAKATSUR