SURAH AL QARIAH (NUR NAJIHAH)







DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENTAKSIRAN (DSKP)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM (TILAWAH AL QURAN SURAH AL QARIAH  TAHUN 4)



KSSR digubalkan berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran di mana standard ini merupakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). DSKP ini penting sebagai panduan kepada guru supaya dapat memahami dengan lebih jelas objektif yang ingin dicapai dalam sesuatu topik dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, bagi topik Surah At-Takatsur dan Surah al-Qariah ini.  


SURAH AL QARIAH




MODEL ASSURE

MODEL ASSURE TILAWAH AL QURAN SURAH AL QARIAH 


SURAH AL QARIAH 







HURAIAN LANGKAH,KAEDAH DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN 






Guru meminta murid untuk menyaksikan tontonan video bacaan Surah Al Qariah sebelum memulakan pdpc. 


Penggunaan video mampu menjadikan proses PdPc bagi bidang Al-Quran lebih berkesan dan menarik kerana mampu meningkatkan kefahaman dan pengetahuan murid. Melalui penghasilan video juga mampu merangsang pelbagai deria seperti pendengaran dan penglihatan murid dalam memahami topik Surah al- Qariah dengan lebih cepat dan mudah untuk murid mengingati ayat-ayat al-Quran bagi surah-surah ini.



Intisari Surah al-Qariah


Membicarakan tentang kedahsyatan hari kiamat yakni peristiwa yang berlaku di dalamnya dan kesudahannya. Pemandangan yang disebutkan dalam surah ini seperti pemandangan huru-hara dan kemusnahan yang berlaku kepada manusia dan gunung-ganang. Allah juga menyatakan tentang pembalasan segala amalan manusia serta keadaan mereka yang tergolong kepada dua kumpulan.

 










Guru menunjukkan kad kalimah surah Al Quran untuk memberi kefahaman serta pengetahuan kepada murid dengan lebih jelas dan nyata.







Guru menayangkan kad berwarna yang tertera potongan ayat surah Al Qariah supaya murid dapat membacanya dengan lebih jelas. 









Guru melakukan aktiviti suai padan untuk mengetahui tahap kefahaman murid tentang surah Al Qariah. Aktiviti suai padan akan menjadikan murid lebih aktif dan dapat mengasah ingatan dan bacaan murid. 








Sebelum tamat pembelajaran, guru melaksanakan talaqqi musyafahah untuk menyemak bacaan murid dan guru membantu murid sehingga murid berjaya menguasai bacaan surah Al Qariah.




LATIHAN PENGUKUHAN

WORDWALL TILAWAH AL QURAN SURAH 

AL QARIAH TAHUN 4 





Murid perlu menjawab semua soalan yang terdapat di dalam permainan WORDWALL tersebut bagi menguji serta menilai sejauh mana kefahaman murid terhadap topik  Surah Al-Qariah di akhir pembelajaran.


SURAH AL QARIAH





SEKIAN TERIMA KASIH 



Comments

Popular posts from this blog

SURAH AT-TAKATSUR (NURUL ATHILAH)

LATIHAN PENGUKUHAN SURAH AT-TAKATSUR